suria

Jemaah terkejut ada kepala khinzir atas bumbung masjid, anggap ancaman jenayah atas dasar Islamofobia

Provokasi dilakukan dengan sengaja menimbulkan kekacauan atas alasan tertentu.

KEPALA seekor khinzir ditinggalkan di atas bumbung sebuah masjid.

Perbuatan keji itu menyebabkan para jemaah di sebuah masjid di Britain berdepan detik cemas.

Kejadian itu dianggap sebagai satu ancaman dan jenayah yang dilakukan atas dasar Islamofobia (kebencian terhadap agama Islam).

Berikutan apa yang terjadi, ia hanya disedari ketika jemaah-jemaah ini meninggalkan sebuah perhimpunan diadakan di bangunan Heatons Muslim Community Trust (HMCT) di Battersea Road, Heaton Mersey, Stockport sekitar jam 9 malam.

Menurut salah seorang jemaah, kepala khinzir itu berada di atas bumbung masjid dalam keadaan mudah dilihat.

Provokasi ini dipercayai dilakukan dengan sengaja untuk menimbulkan kekacauan atas alasan tertentu disebabkan mereka tahu bahawa agama Islam tidak dibenarkan memakan daging khinzir atau mengendalikannya.

Bagaimanapun jelas jemaah bahawa perbuatan ini langsung tidak menimbulkan kebimbangan atau menyebabkan ketakutan mana-mana umat Islam.

Satu laporan polis dibuat disebabkan daripada kejadian itu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan salah seorang daripada tiga individu keluar dari kereta dan berhenti di kawasan masjid.

Individu tersebut membawa beg sampah dipercayai kepala khinzir.

Dalam pada itu, plat pendaftaran kereta itu sempat dirakam dan berharap polis dapat mengesan pelaku dengan segera. - DAILY MAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain