AKIBAT tidak tahan dihina, seorang lelaki bertindak menikam isteri dan tiga iparnya. Menurut Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Balai Polis Aceh Selatan, Deno Wahyudi, kejadian pada Isnin lalu itu berpunca apabila si isteri menuduh lelaki berkenaan berasal dari keturunan yang tidak baik. Tuduhan itu membangkitkan kemarahan suspek, dikenali sebagai Jamaludin, 42, yang kemudian bertindak mengambil sebilah gunting lalu menikam isterinya, Hafnidar, 21, di bahagian kepala. Dia kemudiannya menyerang adik ipar, Mustawa yang datang untuk cuba meleraikan pergelutan itu. Suspek menikam mangsa kedua di bahagian dada sehingga berlumuran darah, sementara Mustawa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital. Dua lagi wanita yang merupakan iparnya turut mencuba meleraikan pergaduhan namun turut menjadi mangsa tikaman suspek. Jeritan mereka didengari oleh penduduk setempat yang kemudiannya datang ke rumah untuk menyelamatkan mereka di Gampong Ujong Pulo Rayeuk, Kecamatan Bakongan Timur, Indonesia. Suspek yang ketakutan cuba menyembunyikan diri di tingkat dua kediamannya. Pihak polis tiba di lokasi kejadian untuk menahan suspek, namun salah seorang daripada anggota cedera akibat diserang lelaki itu menggunakan sebilah parang. - MERDEKA Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI