SEORANG lelaki maut selepas terjatuh ke dalam air beku berhampiran London Bridge ketika suhu menjunam sehingga bawah takat beku -3 Celcius Pasukan bantuan kecemasan bergegas ke tempat kejadian di Sungai Thames sekitar jam 5.30 petang Isnin waktu tempatan. Pihak berkuasa tempatan semuanya menyertai pencarian tetapi malangnya tidak membawa hasil untuk menemui lelaki itu. Tetapi pihak polis kini berkata mereka telah menemui mayat yang mereka dipercayai lelaki yang jatuh ke dalam sungai Thames tersebut. Identitinya masih belum dapat disahkan. Jurucakap Polis Metropolitan menyatakan mayat seorang lelaki telah ditemui di tebing air di London Bridge pada puku 9:25 malam waktu tempatan. “Dia dipercayai lelaki yang dilihat terjatuh ke dalam air tadi. "Polis sedang berusaha untuk mengesahkan identitinya dan memaklumkan waris. Keadaan kematian tidak dianggap sebagai mencurigakan," katanya. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI