suria

Kanak-kanak maut selepas keluarkan kepala dari tingkap bas dan terlanggar tiang

Kanak-kanak maut di dalam tragedi melibatkan sebuah bas dan tiang.

SEORANG kanak-kanak lelaki kehilangan nyawanya dengan tragis selepas dia megeluarkan kepalanya dari tingkap bas dan bertembung dengan sebuah tiang.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke tempat sembahyang bersama keluarganya di Mexico, Amerika Utara.

Saksi di tempat kejadian menceritakan bagaimana tragedi itu berlaku.

Mereka mendakwa, pada satu ketika budak itu secara tiba-tiba mengeluarkan kepalanya ke luar tingkap bas dan berlanggar dengan tiang di bahu jalan.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan ditinggalkan di belakang bas.

Sementara itu, pemandu bas itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pihak polis tiba.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian masih dalam sisatan. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bas, maut, langgar tiang, kanak-kanak, tragis

Artikel Lain