suria

Hantar gambar tak berbaju, borak lucah dengan pelajar... Guru akhirnya letak jawatan

Sarah Hull-degroat menghantar kandungan lucah kepada pelajar menerusi Google Docs.

SEORANG guru dari Sekolah Menengah Deer Creek, Amerika Syarikat (AS) meletakkan jawatan selepas dia dituduh memuat naik gambar bogel ke Google Docs yang dikongsikan kepada pelajar berumur 15 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, Sarah Hull-Degroat, 23, telah menggunakan platform dalam talian itu untuk berborak mengenai seks dengan murid tersebut.

Siasatan mendapati dia bercakap tentang perbuatan tak senonoh dengan remaja itu dan turut memuat naik gambar payudaranya yang terdedah.

Pihak sekolah telah memaklumkan tentang kejadian ini kepada ibu bapa.

Menurut afidavit yang difailkan pada 12 Disember, guru dan pelajar itu mula berbual sejak Oktober lalu.

“Kandungan komunikasi mereka baru-baru ini adalah berunsur seksual dan menerangkan perbuatan seksual yang mereka harap dapat alami bersama," tulis dokumen mahkamah.

Berikutan peletakkan jawatan Hull-Degroat, Lembaga Pendidikan Deer Creek berkata ia akan membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut pada mesyuarat Januari akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru pengalaman mengajar 10 tahun disyaki liwat pelajar

Pihak sekolah guru tersebut juga menuntut Jabatan Pendidikan Negeri Oklahoma untuk menarik balik sijil mengajarnya.

Guru itu turut dibawa ke Pusat Tahanan Daerah Oklahoma atas tuduhan melakukan jenayah seksual dengan kanak-kanak bawah umur, dengan bon ditetapkan pada AS$50,000 (RM220,525). - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain