SEORANG wanita yang menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah di London terkilan apabila dirinya menjadi mangsa gangguan seksual. Menurut mangsa, dia terlelap ketika menaiki kereta api pada 6 September lalu sebelum seorang lelaki tidak dikenali meraba alat sulitnya. Dia yang tersedar akibat kejadian itu terus berdepan dengan pelaku yang kemudiannya melarikan diri ketika kereta api berkenaan berhenti di sebuah stesen. Selepas mangsa membuat aduan mengenai kejadian itu, polis terus menjalankan siasatan dan kini sedang memburu pelaku. ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian raba wanita di Cyberjaya... pakar kongsi hak perundangan mangsa gangguan seksual perlu tahu "Pegawai kami sedang menyiasat serangan seksual yang berlaku dalam kereta api di Jajaran Picadilly antara Park Royal dan Sudbury Hill. "Kejadian berlaku pada 6 petang, 6 September lalu yang mana seorang wanita yang tidur dalam kereta api tersedar selepas diraba seorang lelaki. "Dia memarahi lelaki itu, namun pelaku terus keluar selepas tren tiba di Sudbury Hill," ujar polis. Mereka yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pihak berkuasa segera. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI