suria

Biadab! Selamba pijak sejadah ketika pelajar solat, guru wanita dipecat serta merta

Guru memijak sejadah sedang digunakan oleh salah seorang pelajar.

SEORANG guru wanita bertindak biadap terhadap pelajarnya dengan mengganggu pelajar-pelajar beragama Islam menunaikan solat.

Rakaman di TikTok menunjukkan situasi melibatkan tiga orang pelajar sedang melalukan ibadah tersebut dalam pejabat guru berkenaan di sebuah sekolah terletak di Florida, Amerika Syarikat.

Tindakan biadap seorang guru wanita di Florida, Amerika Syarikat yang mengganggu pelajar-pelajar beragama Islam ketika menunaikan solat mengundang padah apabila dia dipecat serta-merta.

Difahamkan, guru tersebut mengganggu ketenteraman pelajar dengan meniup wisel secara kuat.

Tidak cukup dengan itu, guru tersebut juga memijak sejadah yang sedang digunakan oleh salah seorang pelajar semasa dia sedang bersujud.

Walaupun diasak dengan pelbagai gangguan daripada guru mereka, pelajar berkenaan 'khusyuk' meneruskan solat seperti tiada apa yag berlaku.

Video tersebut tular kerana mengundang marah netizen yang panas hati dengan perbuatannya ini.

Dalam pada itu, pihak sekolah berkenaan memandang serius hal itu dan mula menyiasat perkara berikut.

Wakil dari pihak Akademi Franklin memaklumkan bahawa perbuatan guru ini mengundang padah apabila dia dipecat serta-merta. - LOCAL 10

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain