suria

Lori minyak terbakar... Terowong bersejarah ragut 12 nyawa, 37 lagi cedera

Terowong Salang ditutup untuk laluan orang awam.

KEMALANGAN di mercu tanda terowong alpine Salang yang menghubungkan ibu negara Afghanistan ke utara Kabul mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Menurut timbalan jurucakap pentadbiran yang dikendalikan Taliban, Qari Yusuf Ahmadi pada Ahad, 37 mangsa dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara diminta bantu sediakan makan malam, lelaki lempar pokok Krismas pada isteri

"Amiriah Islam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan turut menyeru semua agensi berkaitan untuk melakukan usaha yang lebih serius bagi mencegah berulangnya tragedi seumpama itu," katanya.

Penyiar tempatan Tolo, memetik Kementerian Kerja Raya berkata, kejadian berlaku selepas sebuah lori minyak terbalik dan terbakar dalam terowong itu pada malam Sabtu.

Meskipun kebakaran berjaya dipadamkan pada Ahad, namun laluan di terowong berkenaan ditutup kepada lalu lintas bagi mengelakkan jumlah mangsa meningkat.

Terdahulu, terowong yang dibina oleh Soviet sepanjang 2.6 km (1.6 batu) adalah kejayaan kejuruteraan bersejarah yang menghubungkan Kabul dan utara Afghanistan.

Malah ia juga menghubungkan benua kecil India ke Asia Tengah melalui laluan gunung berbahaya pada 3,400 meter (11,000 kaki).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain