suria

Saintis di Rusia cuba ‘hidupkan’ virus purba, ramai bimbang pandemik akan landa dunia sekali lagi

Para saintis di pusat penyelidikan Vektor di Rusia cuba menghidupkan semula virus prasejarah.

SEKUMPULAN saintis dari pusat penyelidikan Vektor di Siberia, Rusia sedang cuba menghidupkan semula virus haiwan purba Zaman Ais seperti mamot dan badak sumbu berbulu yang kini mencetuskan kebimbangan akan tercetusnya wabak baharu.

Mereka cuba mengenal pasti dan menghidupkan semula virus prasejarah Paleovirus yang sudah tidak aktif selama hampir setengah juta tahun untuk mengkaji jangkitan yang menyebabkan kematian haiwan-haiwan tersebut.

“Penyelidikan dari Vektor adalah sangat, sangat berisiko.

“Sistem imun kita tidak pernah menemui virus jenis ini. Sebahagian daripada mereka boleh berumur 200,000 atau 400,000 tahun.

“Saya tidak yakin bahawa segala maklumat adalah yang terkini,” ujar Profesor Jean-Michel Claverie, dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan di Universiti Aix-Marseille.

Penyakit ini masih berpotensi mendatangkan kemudaratan jika merebak.

Filippa Lentzos, pakar biosekuriti di King’s College London memberi amaran bahawa makmal yang paling selamat juga berisiko melakukan kesilapan.

“Ramai di antara kita yang menganalisis dan mengikuti apa yang mereka lakukan bahawa hasil penyelidikan tersebut bakal memberi manfaat pada masa hadapan, namun, potensi untuk mendapat risiko lebih banyak pada masa kini.

“Walaupun dengan garis panduan yang umumnya selamat, kemalangan masih boleh berlaku,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mirip Covid-19, pakar kesan virus baharu pada kelawar di China

Pada tahun 2019, letupan gas merebak melalui makmal yang dipanggil Pusat Penyelidikan Virologi Negeri Vektor, yang mana penyakit berbahaya termasuk Wabak Bubonik, Antraks dan Ebola disimpan.

Satu lagi kesilapan di makmal yang menyimpan virus cacar berbahaya pada tahun 2004 telah menyebabkan kematian seorang pekerja selepas dia secara tidak sengaja mencuuck dirinya dengan jarum yang mengandungi virus Ebola.

Haiwan yang dikaji di Vektor ditemui di wilayah Yakutia, yang mana suhu boleh menjunam ke paras terendah iaitu -55 darjah Celsius.

Ia juga merupakan tapak yang sama saintis Perancis baru-baru ini mengenal pasti lebih daripada sedozen virus prasejarah termasuklah Pandoravirus yedoma, berasal dari badan mamot yang diawet, badak sumbu berbulu dan kuda zaman prasejarah.

Sekumpulan saintis di Rusia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kematian haiwan prasejarah.

Ini bukanlah kali pertama saintis menemui virus purba dalam ekosistem membeku.

Pada tahun 2014, penyelidik yang sama menemui virus berusia 30,000 tahun dan mendapati ia masih mampu menjangkiti organisma walaupun telah lama membeku.

Pada 2016, seorang kanak-kanak meninggal dunia dan berpuluh-puluh orang dimasukkan ke hospital selepas wabak Antraks di Siberia merebak. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain