suria

Mayat ibu separuh bogel bersama bayi 9 bulan ditemui... angkara dendam 2 remaja, sering dimarahi suami mangsa

Mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel. -gambar hiasan

TRAGIS. Seorang wanita bersama bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dibelakang rumah mereka.

Kedua-dua mangsa dipercayai dibunuh oleh dua remaja bawah umur, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Lebih menyayat hati apabila mayat Arita, 45 tahun ditemui dalam keadaan tanpa seluar serta bajunya terselak ke atas.

Manakala mayat bayi lelaki, Rizky Arma Farhan berusia sembilan bulan ditemui tidak jauh dari mayat ibunya.

Kejadian berlaku di Kampung Permatang Jaya, Riau, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Mayat ibu dipercayai dirogol ditemui separuh bogel, bayi 9 bulan berdekatan sudah tidak bernyawa

Suaminya yang tampil memberikan keterangan menyatakan bahawa dia berada di kebun sewaktu kejadian.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku memukul kepala mangsa menggunakan alatan basikal (shockbreaker) selain memukul leher mangsa yang kemudiannya berlumuran darah.

Leher mangsa juga dikatakan dijerut dengan getah tayar sebelum diseret ke semak samun belakang rumah.

Suspek kedua pula menekup mulut bayi sehingga lemas sehingga tidak lagi bernyawa dan kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg sebelum dibuang berdekatan mayat ibu.

Menurut sumber, pengakuan dibuat suspek menyatakan bahawa mereka bertindak sedemikian atas rasa dendam kerana sakit hati sering dimarahi oleh suami mangsa, Masroni. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain