RAKAMAN memaparkan seekor anjing gebu berwarna kuning milik seorang peminat bola keranjang NBA dikongsi oleh pengguna Twitter sehingga mengundang kemarahan netizen. Anjing itu diwarnakan menggunakan pewarna kuning dengan pipi merah, persis watak animasi popular Pokemon iaitu Pikachu. Peminat tersebut membawa anjingnya ke perlawanan bola keranjang antara Miami Heat dan Minnersota Timberwolves pada 27 Disember. Rata-rata netizen berkata ia merupakan tindakan kejam terhadap haiwan kerana pewarna untuk kegunaan manusia boleh memudaratkan haiwan, menimbulkan penyakit seperti kanser dan luka akibat reaksi bahan kimia. Watak animasi Pikachu dalam kartun Pokemon. Ramai juga berkata ia ‘mengarut’ dan pemilik anjing tersebut patut dipenjarakan atas perlakuannya. Pengguna lain cuba melaporkan penderaan dan pelaku tersebut kepada People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), sebuah organisasi mempertahankan hak asasi haiwan. “Bodoh! Kesian anjing itu, negara ini sangat tak masuk akal,” komen beberapa pengguna Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam warnakan anjing merah, alasan pemilik amat mengejutkan PETA sebelum ini telah mendedikasikan keseluruhan laman web untuk haiwan yang mati bagi memastikan pemilik mewarnakan haiwan peliharaan dengan selamat dan menghalang sesiapa yang mempunyai alatan yang tidak betul daripada melakukannya sama sekali. Selain itu, PETA juga menyatakan bahawa anjing peliharaan boleh mengalami tekanan, melecur atau mati akibat kandungan toksin dalam pewarna. Pihak tersebut turut mengingatkan bahawa bahawa anjing juga makhluk biasa, tidak boleh dipergunakan seperti sesuatu alat. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI