suria

Berang didesak berkahwin, lelaki pukul GF berkali-kali! Suspek dilepaskan polis gara-gara mangsa enggan buat laporan

Tangkap layar video merakamkan situasi wanita ini dipukul tular di media sosial.

PASANGAN kekasih ini bertengkar sesama sendiri apabila wanita berkenaan meminta untuk berkahwin dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun lelaki ini bertindak memukul teman wanitanya berulang kali disebabkan permintaan itu.

Sebuah video merakamkan situasi wanita ini dipukul menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi laporan India Today, suspek, 24 dan mangsa, 19, dipercayai sepasang kekasih di mana tertuduh mula bertindak ganas dengan menendang serta menampar muka teman wanitanya berkali-kali.

Video yang tular tersebut kelihatan suspek mula menunjukkan riak wajah yang kurang menyenangkan apabila mangsa mula meminta suspek mengahwininya.

Menurut Pegawai Polis Naveen Dubey, suspek menetap di kampung Dhera di kawasan Mauganj.

Ketika kita bersimpati dengan nasibnya, si mangsa enggan melaporkan aduan kepada pihak atasan atas kejadian yang berlaku padanya.

Perkara itu menyebabkan tertuduh dibebaskan selepas ditahan ke atas kesalahan menganggu ketenteraman awam.

Susulan daripada itu, suspek tetap ditahan disebabkan video tular di media sosial yang mendatangkan kecederaan kepada si mangsa.

Namun, mangsa membuat laporan atas individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut. - INDIA TODAY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain