SEORANG lelaki bertindak berani mati menetak suami baharu bekas isterinya. Tindakannya ini berikutan rasa cemburu apabila melihat wanita itu bahagia dengan suami baharunya. Menurut pihak polis, suspek dikatakan membunuh mangsa menggunakan senjata tajam. Insiden mengerikan itu berlaku selepas suspek mengekori mangsa dengan membawa sebilah parang sebagai senjata di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam. “Tetakan itu berjaya ditepis oleh mangsa menyebabkan dia terduduk sebelum suspek menghayun parang tersebut sehingga terkena pada bahagian leher lelaki berkenaan,” katanya. Kemudiannya, suspek dikatakan melarikan diri menggunakan motosikal bersama bahan bukti yang digunakan untuk membunuh mangsa. Pihak polis masih meneruskan misi mencari suspek serta berusaha mendapatkan keterangan lanjut berikutan insiden berkenaan. Tambahnya, pasangan tersebut baru saja mendirikan rumah tangga kurang daripada tempoh satu tahun. - DETIK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI