suria

Nampak macam haiwan sebenar... Lelaki pakai kostum anjing popular di YouTube, aksi pelik jadi tontonan ramai

Toco dianggap comel oleh pengikutnya.

LELAKI yang dikenali sebagai Toco menjadi sensasi di YouTube untuk videonya memakai kostum anjing yang kelihatan sangat realistik, tanpa pengetahuan rakan-rakannya.

Sejak melancarkan saluran YouTube, lelaki dari Jepun itu tidak pernah memunculkan diri di hadapan kamera tanpa memakai kostum anjing tersebut.

Siri videonya yang dikeluarkan sepanjang tahun menunjukkan aksi peliknya termasuklah bermain-main dengan bola, dan cuba melompat ke atas sofa sambil memakai kostum.

Kostum ini bernilai UK£12,500.

“Saya memakai kostum anjing baka collie kasar kerana saya mahu menjadi haiwan. Saya juga akan memuat naik video mengikut kemampuan diri,” katanya.

Dalam video lain yang bertajuk ‘Saya menjadi anjing baka collie kasar dan santai di atas sofa’, Toco muncul dalam kostumnya, lalu melangkah ke arah perabot itu secara perlahan.

Klip aneh itu telah ditonton lebih 7,600 kali, dengan orang ramai di bahagian komen berkata yang dia sangat ‘comel’.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan lebih RM20.8 juta! YouTuber kanak-kanak tayang kemewahan, sering naik kapal layar

“Saya jarang memberitahu rakan saya kerana saya takut mereka akan menganggap saya pelik. Rakan dan keluarga saya kelihatan sangat terkejut apabila mengetahui saya menjadi haiwan.

“Sejak zaman kanak-kanak, saya mempunyai fantasi untuk menjadi haiwan. Saya rasa ia merupakan keinginan saya untuk melalui transformasi kepada diri sendiri” ujar Toco.

Walaupun pada awalnya ramai warganet mengkritik Toco, dia kini mempunyai peminat di YouTube yang menyokong pilihannya untuk menjadi anjing.

“Saya suka cara anda melambai kaki anda kepada kami. Melihat anda cuba naik ke atas sofa juga sangat comel,” ujar seorang penonton. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Toco, YouTube, kostum anjing

Artikel Lain