suria

Cubaan rogol wanita Britain gagal, lelaki mati dalam keadaan bogel selepas rempuh cermin kaca

Lelaki tersebut dipercayai mengalami pendarahan yang banyak sebelum meninggal dunia.

SEORANG wanita ekspatriat British mengalami trauma selepas pencuri berbogel yang berniat merogolnya merempuh cermin kaca lalu meninggal dunia.

Kejadian tersebut berlaku sebelum Krismas, pada Khamis 22 Disember di kondominium mewah wanita itu di Salvador, Brazil.

Sebaik tiba di rumah wanita itu, lelaki yang dikenali sebagai Jacques Freitas merempuh cermin kaca untuk masuk ke dalam tempat tinggal wanita Britain itu.

Freitas kemudian berjalan melepasi pokok Krismas dan mendekati wanita yang ketakutan itu untuk memaksanya melakukan hubungan seks dengannya.

Lelaki yang dikenali sebagai Jacques Freitas itu merupakan seorang penjawat awam.

Dalam rakaman video, Freitas dilihat berdarah dengan banyak selepas melanggar tingkap kaca, dan meninggalkan kesan darah di sepanjang lantai rumah.

Wanita itu berdiri di tepi pokok Krismas ketika Freitas menghampirinya, dan dia cuba melarikan diri.

Walaupun mengalami kecederaan serius dan kehilangan darah yang banyak, Freitas menanggalkan seluar pendeknya dalam usaha merogol wanita itu, tetapi gagal apabila dilawan dan menjerit meminta pertolongan.

Wanita itu kemudiannya berjaya berlari keluar dari apartmennya apabila Freitas menghampiri, menuju ke kawasan kolam renang.

Namun, media tempatan melaporkan lelaki itu mati di tepi kolam renang akibat kehilangan banyak darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Banduan separuh bogel gagal larikan diri dari penjara, menjerit sakit perut tersepit

Pihak polis menyatakan bahawa kes tersebut masih sedang disiasat dan telah melaporkan mereka menemui pelbagai dadah dan berkemungkinan lelaki tersebut di bawah pengaruh dadah.

“Malam itu sangat mengerikan. Saya tak pernah lalui kejadian seperti itu.

“Walaupun dalam keadaan tercedera, dia masih boleh berlari. Tangan dia patah, dia jalan dalam keadaan tempang, menggigil, dan berjaya mengejar wanita itu hingga ke kawasan kolam renang.

“Wanita itu telah tinggal di sini setahun, dia dalam keadaan terkejut. Rumahnya penuh darah, macam baru sahaja membunuh seekor lembu,” ujar pengurus bangunan, Rita Pires.

Rita Pires juga berkata yang wanita itu sangat terkejut hingga tidak tidur semalaman, dan menghabiskan sepanjang malam berjaga. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain