suria

Penjara Mexico diserang kenderaan berperisai, ketua kartel dadah berjaya loloskan diri

Anggota ketenteraan Mexico berdiri di hadapan penjara selepas situasi berjaya dikawal. Christian Chavez/AP

SEKURANG-KURANGNYA 17 orang telah terkorban dalam serangan bersenjata di penjara Mexico bersempadanan dengan bandar Juarez pada Ahad lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

Pejabat ketua peguam untuk wilayah Chihuahua berkata dalam satu kenyataan bahawa 10 pengawal kesalamatan dan beberapa banduan telah terbunuh dalam serangan itu manakala lagi 13 mengalami kecederaan.

Insiden berdarah itu bermula pada pukul 7 pagi pada Ahad waktu tempatan apabila penyerang bersenjata api merempuh penjara itu menggunakan kenderaan berperisai dan melepaskan tembakan rambang kepada anggota keselamatan penjara.

Situasi yang kucar-kacir pada ketika itu telah diambil kesempatan oleh banduan dan 27 daripada mereka berjaya meloloskan diri.

Penyerang itu merupakan ahli kumpulan dikenali Los Mexicles yang mempunyai kaitan dengan Kartel Caborca.

Antara banduan yang melarikan diri termasuk Ernesto Alfredo Pinon atau lebih dikenali sebagai "El Neto" yang merupakan bekas ketua kartel Guadalajara.

Penjara itu menempatkan 3,901 banduan.

Keganasan pada Ahad itu bukan kali pertama berlaku di penjara tersebut kerana pada Ogos tahun lalu pertempuran di antara dua kartel di penjara sama telah menyebabkan 11 orang terbunuh. - CNN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain