suria

Doktor jadi hero, selamatkan lelaki diserang sakit jantung ketika membeli belah

Seorang doktor melakukan CPR terhadap seorang lelaki yang diserang sakit jantung di pusat beli belah.

BERPANTANG maut sebelum ajal!

Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan situasi di mana seorang lelaki mengalami serangan jantung dan rebah di tengah-tengah gedung Ikea di Bengalore.

Secara kebetulan, seorang doktor sedang membeli-belah di lorong bersebelahan dan tanpa membuang masa, dia bergegas memberikan pertolongan cemas dengan melakukan resusitasi kardiopulmonari atau CPR.

Situasi cemas itu sempat dirakam dan kemudian dikongsi oleh anak doktor berkenaan di Twitter.

"Ayah saya menyelamatkan satu nyawa. Kami kebetulan berada di Ikea Bangalore ketika seorang lelaki diserang sakit jantung.

"Ayah berusaha menyelamatkannya selama lebih daripada 10 minit dan berjaya. Dia bertuah kerana pakar bedah ortopedik terlatih kebetulan membeli-belah di lorong bersebelahan," tulisnya dalam catatan yang dikongsikan pada 31 Disember 2022.

Video tersbeut menjadi tular dan netizen memuji doktor berkenaan kerana tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan nyawa individu lain. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain