suria

Demi dapatkan hak penjagaan anak, bapa sanggup tukar jantina

Ramos menukar jantina kepada wanita untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

DEMI mendapatkan hak penjagaan anaknya, seorang lelaki sanggup menukar jantina dengan menjadi 'wanita'.

Rene Salinas Ramos, 47, yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan, cuba untuk menukar jantinanya secara sah bagi membolehkannya mendapatkan hak penjagaan dua anak perempuannya.

Ikhtiar tersebut dilakukan Ramos memandangkan sistem perundangan Ecuador memberi keutamaan kepada si ibu untuk menjaga anak-anak walau dalam apa keadaan sekali pun.

Ramos pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay untuk menukar status jantina pada kad pengenalannya dan tidak lama selepas itu, dia secara rasmi bergelar seorang wanita.

Ramos, semasa bercakap dengan media di luar Pejabat Pendaftaran Awam berkata:" Undang-undang mengatakan bahawa yang berhak ialah wanita. Buat masa ini, saya wanita.

"Sekarang saya juga seorang ibu, itulah cara saya menganggap diri saya sendiri.

"Saya sangat yakin dengan seksualiti saya. Cuma apa yang saya mahukan ialah menjadi seorang ibu, supaya saya juga dapat memberikan kasih sayang dan perlindungan sebagai seorang ibu".

Ramos juga mendakwa bahawa anak perempuannya tinggal dalam persekitaran yang tidak bagus dengan ibu mereka dan dia sendiri tidak dapat melihat anak-anaknya sejak lebih lima bulan. - 24newshd

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain