BUDAK perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa rogol lima buruh binaan di Luwu Timur, Sulawesi Selatan, Indonesia. Mangsa yang diperkosa secara bergilir-gilir kini mengalami trauma. Wakil Ketua Polis Luwu Timur, Kompol Samsul berkata, kelima-lima pelaku sudah ditangkap selepas laporan diterima dan keterangan mangsa diambil. Mereka merupakan buruh projek saliran yang hanya dikenalpasti sebagai SP, HA, IS, RI dan AR. "Para pelaku sudah ditangkap atas laporan mendakwa melakukan pencabulan dengan mangsa anak bawah umur," ujarnya, Khamis. Menurutnya, kes ini bermula apabila mangsa bertemu dengan SP lalu bertukar nombor telefon pada Jumaat lalu. Mereka terus berhubung sehinggalah janji temu diadakan di sebuah pejabat desa tempatan. Bagaimanapun, SP menyuruh rakannya, HA bertemu mangsa lalu melakukan persetubuhan di belakang pejabat desa. Tak terhenti di situ, pada petang Isnin, HA bersama IS, RI dan AR kembali berjumpa mangsa. Ketika itulah IS menarik tangan mangsa dan membawanya ke pondok keselamatan lalu beramai-ramai merogolnya. Mengetahui kejadian tersebut, orang tua mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Luwu Timur. "Keadaan mangsa masih trauma dan tidak stabil. Kini dalam pemantauan," katanya. Pelaku berdepan hukuman 15 tahun penjara. -inews