EPISOD jejak kasih yang tidak disangka! Seorang remaja perempuan menjejaki semula ayah kandungnya yang telah bertahun menghilangkan diri. Remaja perempuan yang tidak didedahkan namanya di atas sebab perundangan diberitahu yang ayah kandungnya telah mati dibunuh. Mahukan kebenaran, remaja itu mengambil inspirasi dari sebuah rancangan televisyen relaiti Long Lost Family dan menyiasat kematian ayahnya melalui media sosial. Walaupun begitu, remaja itu mendapat berita gembira apabila menemui ayahnya sebenarnya masih hidup. Anak-beranak itu disatukan semula dan mereka menjalinkan hubungan anak dan ayah yang begitu akrab. Perkara yang mengejutkan dan menjijikkan adalah apabila remaja perempuan itu mengadakan hubungan intim dengan ayahnya ketika dia mencecah usia 18 tahun. Ketika dihadapkan ke Mahkamah Diraja Swansea, ayah remaja itu telah dipenjara kerana tindakannya yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. "Hubungan seks anak-beranak itu biasa berlaku selepas mereka sudah mabuk dengan minuman keras," kata pendakwa raya, Tom Scapens. Hubungan sumbang mahram tersebut berjaya dikantoikan apabila remaja perempuan itu terlepas cakap mengenai hubungannya dengan ayah kandung kepada orang luar ketika berada di sebuah kedai. Selepas mendapat maklumat tersebut, pihak berkuasa tempatan telah menahan ayah remaja itu, menyoal siasatnya dan kemudian melepaskannya dengan bayaran ikat jamin. Namun begitu, hubungan seks anak-beranak itu malangnya berterusan selepas si ayah dibebaskan. Remaja perempuan itu tinggal bersama ayahnya di sebah flat di Carmarthen, South Wales. Remaja perempuan tersebut tidak menyokong dakwaan yang dikemukakan terhadap ayahnya dan mengatakan dia sangat menyayangi lelaki itu. "Dia menyalahkan tarikan genetik yang wujud di antara dia dan ayahnya "Mereka cuma mahukan hubungan ayah dan anak yang normal," kata Scapens. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI