SEMPENA sambutan tahun baharu, banyak syarikat membuat penilaian prestasi pekerja dan rata-rata kakitangan pasti menantikan bonus serta kenaikan gaji. Sebelum ini, dilaporkan syarikat Evergreen di Taiwan mengumumkan bahawa kakitangan mereka akan menerima bonus 52 bulan gaji. Susulan laporan tersebut, ramai berasa kagum kerana syarikat itu memberikan penghargaan atas usaha serta kerja keras pekerja mereka. Pekerja syarikat industri minyak dan gas dilapor mendapat bonus lumayan. Selain itu, sebuah syarikat di Korea juga dilaporkan menawarkan bonus 120 bulan gaji untuk pekerjanya. Syarikat itu berada dalam industri minyak dan gas, tetapi disebabkan perang yang berlaku di Ukraine dan Rusia telah membolehkan syarikat tersebut memperoleh pendapatan lebih banyak daripada apa yang dijangkakan. Pada 2021, setiap pekerja mereka menerima bonus 36 bulan gaji dan apabila dikira, mereka mendapat purata 7.2 bilion won (RM24 juta) sebagai ganjaran. ARTIKEL BERKAITAN: Grab tawar bonus pendaftaran sehingga RM1,000 demi atasi kekurangan pemandu “Adakah anda pasti ia adalah bonus untuk 120 bulan, dan bukannya 12 bulan? “Adakah mereka masih mencari pekerja baharu? “Adakah syarikat ini benar-benar bagus? Saya nak hantar resume kepada syarikat ini sekarang juga!” demikian antara komen orang ramai di Facebook. Berita baik seperti ini sememangnya menggembirakan kerana ia menunjukkan para pekerja yang bekerja keras akan sentiasa dijaga dengan baik oleh syarikat. – World of Buzz, Sin Chew Daily Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI