SEORANG peluncur berjiwa besar dilihat membawa seekor jerung yang terdampar kembali ke perairan dalam selepas pemangsa lautan itu terkandas di pantai berhampiran Eastern View, Victoria, di Australia. Jerung biru itu walaupun belum capai usia dewasa, tetapi masih berbahaya. Melihatnya dalam kesusahan, Paul Myles pada mulanya cuba untuk menolaknya kembali ke laut menggunakan papan luncurnya. Tetapi apabila cubaannya itu tidak berjaya, Paul yang berumur 55 tahun mengangkat jerung tersebut dan membawanya semula ke lautan. Dalam satu temu bual, Paul memberitahu dia membantu jerung itu kerana dia mempunyai tempat yang istimewa untuk haiwan yang dalam kesusahan. "Saya tak tahu apa yang terjadi dengan dia sebenarnya tapi saya kata saya akan cuba bantu juga. "Saya cuba letakkan dia di gigi air pantai untuk tengok kalau dia boleh berenang sendiri tapi nampaknya dia dalam keadaan yang lemah. "Jadi saya bawa dia ke lautan dalam dan lepaskannya di sana," ujar Paul. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI