PERKONGSIAN mengenai berita kematian mengejut akibat masalah berkaitan jantung ketika bersukan atau melakukan aktiviti lain banyak kali dipaparkan. Ada yang rebah tiba-tiba ketika bersenam di gimnasium, ketika berada di pusat beli-belah dan sebagainya. Dalam satu video yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang lelaki meninggal dunia kerana masalah yang sama, ketika sedang berada di gelanggang badminton. Lelaki tersebut aktif dan lincah seperti biasa bermain badminton secara beregu dengan tiga rakannya yang lain. Secara tiba-tiba, dia rebah di tengah-tengah gelanggang dan rakan-rakannya bergegas menghulurkan bantuan. Difahamkan, insiden itu berlaku pada 2 Januari lalu di Muscat, Oman. The Times Of Oman dalam laporannya menyebut bahawa lelaki berkenaan mengalami serangan jantung yang menjadi punca kematiannya. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI