suria

Wanita menyanyi lagu dangdut semasa acara keagamaan, kaum lelaki bersongkok pun terhibur - “Tanda-tanda akhir zaman”

Wanita tersebut tampil di hadapan sekumpulan jemaah lelaki dan menyanyi lagu dangdut.

VIDEO seorang wanita menyanyikan lagu dangdut di hadapan sekumpulan lelaki dalam sebuah majlis agama, menjadi tular sekaligus menimbulkan reaksi yang kurang senang daripada netizen.

Menerusi klip video yang dimuat naik laman Instagram @kabarnegri, wanita tersebut yang kelihatan memakai pakaian berwarna hitam dan lengkap dengan tudung itu memegang pembesar suara sambil menyanyi lagu irama dangdut.

Kelihatan di hadapannya adalah kaum lelaki yang ramai di antara mereka memakai songkok.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku di Indonesia, namun pemilik akaun tidak menyatakan dengan tepat lokasi dan bilakah acara berkenaan diadakan.

Video berkenaan yang dimuat naik pada 11 Januari mencetuskan pelbagai tanda tanya dan reaksi netizen yang kurang senang apabila sebuah acara keagamaan disertai dengan nyanyian.

Apatah lagi seorang wanita bertindak kurang sopan dengan tampil menyanyi di hadapan sekumpulan lelaki.

"Dunia sekarang sedang kacau-sekacaunya.

"Tanda-tanda akhir zaman sudah semakin dekat.

"Pokok pangkalnya ia bukan ajaran Nabi Muhammad," demikian antara komen netizen. - Medan.tribunnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain