SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ditemui dalam mesin basuh di rumah keluarganya. Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku di Paris, Perancis, pada Khamis. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan butiran lanjut, atau mengesahkan laporan akhbar Le Parisien bahawa kanak-kanak itu ditemui masih hidup oleh bapanya. Kejadian berlaku semasa makan malam bersama keluarga, dan mangsa meninggal dunia sejam kemudian. Keluarganya melakuka pencarian.selepas mangsa tidak pulang ke rumah untuk makan malam. ARTIKEL BERKAITAN: Menyelam tapi tak timbul semula, budak 11 tahun maut di taman tema air Mangsa ditemui pada pukul 10.30 malam, dan meninggal dunia sejam kemudian. Dilaporkan ketika kejadian, mesin basuh tersebut tidak berfungsi tetapi pintunya ditutup secara automatik. Bercakap kepada Le Parisien, sumber berlata punca kematian belum dikenal pasti. "Ia boleh dikaitkan dengan sesak nafas," menurutnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI