suria

Penumpang cemas kabin pesawat terbakar, 2 cedera gara-gara ‘power bank’ meletup

Penumpang panik dalam kabin pesawat. foto ViralPress / Angie Ton

PENUMPANG sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila berlaku kebakaran kecil berlaku dalam kabin.

Insiden berlaku berpunca daripada pengecas mudah alih atau power bank meletup di lapangan terbang Taiwan, pada Isnin.

Rakaman tular mengenai kejadian dikongsi di media sosial sehingga meraih perhatian netizen.

Dalam video tersebut, kelihatan pramugari sedaya-upaya mencuba untuk menenangkan penumpang yang panik.

Difahamkan, insiden tersebut menyebabkan asap tebal daripada power bank yang meletup, memenuhi kawasan kabin.

Keadaan itu memaksa kesemua 189 penumpang dan kru meninggalkan pesawat tersebut.

Ketika kejadian, penerbangan tersebut jadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taiwan pada pukul 7.35 malam waktu tempatan.

Dua penumpang mengalami lecur manakala penumpang lain terselamat daripada kebakaran tersebut.

Kebakaran berjaya dipadamkan dan pesawat kembali berada dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, juruterbang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penerbangan.

Siasatan lanjut mengenai kejadian dijalankan. - DAILY MAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain