suria

Mengejutkan! Nasa temukan planet 'Bumi kedua', boleh dihuni

Nasa menemukan planet luar sistem suria yang disebut 'Bumi Kedua'.-Ilustrasi Nasa.Gov

SEBUAH planet yang disebut 'Bumi Kedua' ditemukan para pakar dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa).

Memetik laman rasmi Nasa, planet tersebut bernama TOI 700 e ditemukan menerusi satelit Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS).

Sejak dilancarkan pada April 2018, TESS telah menemukan 285 planet luar sistem suria atau eksoplanet.

TOI 700 e adalah salah satu daripada ratusan planet tersebut. Ukurannya 95 peratus hampir menyamai Bumi dan terletak di zon boleh huni (habitable zone) di rantaunya.

'Habitable zone' digunakan para pakar untuk melabel planet eksoplanet yang memiliki jarak aman dari bintangnya. Jarak itu memungkinkan wujudnya air di permukaan planet tersebut.

Ahli astronomi sebelum ini menemui tiga planet dalam sistem ini, dipanggil TOI 700 b,c dan d. Planet d juga mengorbit dalam zon boleh huni.

Tetapi saintis memerlukan tambahan satu tahun pemerhatian TESS untuk menemui TOI 700 e.

"Ini adalah salah satu daripada beberapa sistem yang kami ketahui berbilang, kecil dan planet zon boleh huni," kata ahli astronomi, Emily Gilbert di Makmal Penggerak Jet Nasa di California Selatan yang mengetuai tugasan itu.

“Ini menjadikan sistem TOI 700 prospek yang menarik untuk untuk tindakan susulan tambahan. Planet e adalah kira-kira 10 peratus lebih kecil daripada planet d, jadi sistem ini juga menunjukkan bagaimana cara pemerhatian TESS tambahan membantu kami mencari dunia yang lebih kecil dan semakin kecil."

Gilbert membentangkan keputusan itu mewakili pasukannya pada mesyuarat ke-241 Persatuan Astronomi Amerika di Seattle.

Kertas kerja mengenai planet yang baru ditemui telah diterima oleh The Astrophysical Journal Letters.

TOI 700 d sendiri ditemukan pada 2020 dan memerlukan tempoh 37 hari untuk mengorbit bintangnya. Planet eksoplanet itu memiliki ukuran 20 peratus lebih besar daripada Bumi.

Sementara itu, TOI 700 b berukuran 90 peratus Bumi dan mengorbit setiap 10 hari. TOI 700 c memiliki ukuran 2.5 kali lebih besar dari Bumi dan mengorbit setiap 16 hari.

Planet-planet ini hanya satu kali berputar pada sekali mengorbit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan