GARA-gara bermain sorok-sorok, seorang wanita didakwa mengurung teman lelakinya dalam bagasi dan kemudian membiarkan mangsa mati lemas. Sarah Boone ditahan pada Februari 2020 selepas memberitahu operator 911 mengenai dia mengunci kekasihnya, Jorge Torres Jr dalam bagasi ketika bermain permainan itu. "Teman lelaki saya dah mati," katanya ketika menghubungi operator panggilan kecemasan itu. Wanita yang ketika itu berusia 42 tahun memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah tertidur, meninggalkan pasangannya itu 'terkurung'. SBoone didakwa membunuh Torres. foto Orange Country Sheriff's Office Keesokan paginya dia menemui Torres sudah meninggal dunia dalam bagasi. Bagaimanapun, siasatan polis menemui video dalam telefonnya yang dilaporkan menunjukkan Torres bermati-matian cuba melepaskan diri dari beg pakaian dan menjerit "Saya tidak boleh bernafas". ARTIKEL BERKAITAN: Dibunuh pada malam pertama! Kaki dipatah, mayat isteri disumbat dalam bagasi Menurut LadBible, video tersebut turut menunjukkan Boone mengejek Torres. "Untuk semua yang awak telah lakukan kepada saya. Persetan dengan awak. Bodoh." Torres dilaporkan sesak nafas di dalam bagasi. foto Orange Country Sheriff's Office Torres kemudian bertindak balas dengan memanggil namanya: "Saya tidak boleh bernafas, serius." Bonne menjawab: "Ya, itulah yang anda lakukan apabila awak mencekik saya. "Itulah yang saya rasa apabila awak menipu saya. Awak mungkin patut diam." Boone dari Winter Park, Florida, Amerika Syarikat (AS) kini ditetapkan untuk hadir di mahkamah pada 30 Januari, atas dakwaan pembunuhan tahap kedua. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube