BUKAN sahaja rambut dipotong, malah kulit kepala juga kelihatan! Begitulah yang dialami seorang guru berusia 27 tahun, gara-gara ibu bapa kepada seorang murid yang tidak berpuas hati dengan tindakan anak mereka dibotakkan di sekolah. Kejadian berlaku di Paguyaman, Boalemo di Gorontalo di Pulau Sulawesi, Indonesia, pada Isnin. Tindakan mengunting rambut guru secara paksa itu mendapat perhatian ramai selepas foto guru berkenaan dikongsi di laman Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Potong rambut anak tanpa izin, bapa saman sekolah RM4.1 juta Menerusi satu hantaran, seorang pemuda berkata, amat menyedihkan apabila seorang guru di sebuah sekolah rendah di Paguyaman, diganggu oleh ibu bapa murid yang tidak bertanggungjawab. "Guru tersebut melaksanakan tindakan disiplin ke atas seorang murid selepas diberi amaran berulang kali mengenai peraturan sekolah. "Murid berkenaan kemudian melaporkan perkara itu kepada ibu bapanya yang kemudian berang dengan tindakan guru tersebut. "Ibu bapa murid itu bertindak dengan memotong rambut guru berkenaan di dalam kelas," katanya. Menurutnya lagi, permohonan maaf seharusnya dibuat oleh ibu bapa murid, dan bukannya guru berkenaan. Ketua Bidang Pembangunan Pendidikan Asas (Dikdas) Pejabat Pendidikan Belia dan Sukan, Kabupaten Boalemo mendedahkan tindakan itu mencabuli kehormatan guru. Katanya lagi, guru berkenaan boleh memohon perlindungan undang-undang. Menurutnya, tindakan seorang guru memotong rambut murid sebagai satu bentuk pengajaran, dan kasih sayang dalam menerapkan disiplin dan tata tertib di sekolah. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube