suria

Ancaman bunuh ditulis di dinding rumah, ibu ketakutan sempat cium anak ucap selamat tinggal

Ibu ini dan anaknya melalui kehidupan yang sukar apabila mempunyai teman lelaki kaki botol. -Daily Star

SEORANG ibu yang ketakutan mencium anak-anaknya selamat tinggal selepas teman lelakinya yang tidak berhati perut memberitahunya 'saya akan memasukkan kamu ke dalam kubur'.

Michelle Bielby yakin dia tidak akan berjumpa dengan anak-anaknya lagi selepas samseng jalanan Jake Jones menggunakan krayon untuk menulis di dinding bilik air rumahnya 'mummy sudah pergi malam ini, semoga tenang di sana'.

Jones kemudian berulang kali mencekik ibu muda itu dalam keadaan mabuk di rumahnya di Herne Bay, Kent, Britain.

Jones yang merupakan seorang pekerja kesihatan di sebuah hospital yakin Michelle sedang menghantar mesej kepada lelaki lain dan memberitahunya 'jika saya tidak dapat memiliki awak, tiada siapa yang akan'.

Jones, 31, dipenjarakan selama dua setengah tahun pada Selasa.

Selepas hukuman dijatuhi, Michelle berasa lega.

"Tiada apa yang mampu untuk memadamkan trauma psikologi yang dia telah berikan kepada saya dan bayi saya.

"Tetapi sekurang-kurangnya sekarang kami mempunyai penutup dan boleh berusaha meneruskan kehidupan," katanya.

Michelle memerhati dari bilik yang berasingan apabila butiran penderaan Jones didedahkan di Mahkamah Canterbury Crown.

Mahkamah mendengar bagaimana Jones, yang bekerja di hospital selama 14 tahun membersihkan dewan bedah, menjadi mabuk dan berkata kesat selepas meneguk lapan botol minuman keras di rumahnya pada April 2022.

Selepas memanggil Michelle 'perempuan murahan', pendakwa James Harrison memberitahu mahkamah, Jones 'mengambil pinggan makan malamnya dan menghempasnya ke tepi, mengcekik leher Michelle dan menolaknya ke dinding".

Dia memusnahkan beberapa harta benda Michelle, memotong kad debitnya serta memecahkan botol minyak wangi dan barangan lain selain mencekiknya berulang kali. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain