suria

Tragis! Ayah maut dibom dalam rumah, sempat sambut hari lahir anak bersama

Bapa sempat menyambut ulang tahun kelahiran anaknya beberapa hari sebelum maut dibom. -Metro UK

KONFLIK Rusia dan Ukraine terus meragut nyawa yang tidak berdosa dalam bahang peperangan.

Foto yang menyayat hati menunjukkan sebuah keluarga kecil di Ukraine sedang menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka sebelum tragedi menimpa.

Jurulatih tinju, Mikhailo Korenovsky, 39, dalam foto itu dilihat sedang mendukung anak perempuannya manakala anak yang menyambut hari kelahirannya sedang meniup lilin di atas kek.

Di dalam dapur rumah mereka yang berwarna kuning itu, anak sulung Mikhailo dan isterinya Olga, 38, boleh diperhatikan memeluk sesama sendiri dan begembira dengan kenduri kesyukuran yang bersederhana itu.

Malangnya, kebahagiaan keluarga itu tidak bertahan lama apabila unit pangsapuri mereka punah selepas serangan bom yang didakwa didalangi oleh angkatan tentera Rusia.

Pangsapuri keluarga ini hancur dibom.

Anak kepada pasangan itu dilaporkan cedera parah dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dapur kuning yang menjadi tempat keluarga itu menyambut hari kelahiran anak mereka beberapa hari sebelumnya dilihat musnah.

Mihkhailo yang merupakan seorang bapa dan seorang suami dilaporkan terkorban dalam serangan bom di pangsapuri mereka itu.

Isterinya, Olga sempat menceritakan kisah tragis itu apabila rumah mereka yang sudah didiami selama sembilan tahun kini hanya tinggal 'kawah' dan menjadi tempat persemadian suaminya.

Usaha memadam kebakaran yang berpunca dari serangan bom.

"Inilah tempat tinggal kami selama sembilan tahun, sekarang hanya tinggal sebuah lubang.

"Ketika letupan itu berlaku, saya dan anak-anak sedang keluar bersiar-siar dan suami saya baru pulang ke rumah dari satu pertandingan tinju.

"Dia makan dan kemudian akan keluar semula untuk sertai kami bersiar-siar tapi dia tidak pernah tiba.

"Dia kini hanya sebahagian dari angka jumlah korban perang ini," kata Olga penuh kehibaan.

Serangan bom di pangsapuri Olga yang terletak di daerah Dnipro, Ukraine telah mencatat korban seramai 35 orang, dua daripadanya adalah kanak-kanak manakala lagi 75 mangsa cedera.

Baki 35 residen di pangsapuri itu masih belum diketahui nasib mereka dan dikhuatiri masih berbelas yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata setiap askar Rusia yang terlibat semestinya terpalit dengan jenayah perang dan mereka akan dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan. - Metro UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain