DEMI merealisasikan impiannya, seorang wanita nekad mengambil keputusan untuk menjadi peniaga meskipun mempunyai kelulusan tinggi. Wanita bernama Sharmistha Ghosh mempunyai ijazah sarjana dalam bidang kesusasteraan Inggeris, namun memilih menjadi seorang usahawan muda. Sharmistha berhenti kerja di British Council dan membuka gerai teh di Gopinath Bazar, New Delhi. Kisah wanita tersebut dikongsikan oleh seorang pesara tentera India, Sanjay Khanna di LinkedIn. "Dia menyebut namanya sebagai Sharmistha Ghosh, seorang lulusan ijazah sarjana dalam kesusasteraan Inggeris dan pernah berkhidmat di British Council sehingga dia berhenti kerja untuk mengejar impiannya," tulisnya. Walaupun ramai yang memuji perkongsian Khanna di media sosial, bagaimanapun ia turut mengundang reaksi dari sudut berbeza daripada netizen. "Bagi wanita yang keluarganya tidak bergantung secara kewangan kepadanya, mereka boleh mengambil langkah sedemikian dengan mudah. "Tetapi bagi yang keluarga bergantung kepadanya dari segi ekonomi, semestinya dia tidak boleh mengambil keputusan sedemikian. Ya orang akan menunjukkan simpati tetapi bukan wang," demikian antara komen netizen. - India.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube