suria

Lelaki alami masalah mental bunuh ibu kandung... hanya geleng kepala, tutup mata ketika disoal siasat

Suspek lelaki yang mengalami masalah mental didakwa membunuh ibu kandungnya.

SEORANG lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya sendiri dengan kejam dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri empat tingkat di Lat Krabang, Thailand, pada Ahad.

Suspek, Noi Chanprem, yang berusia 37 tahun, dilaporkan mempunyai masalah mental.

Polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian segera bergegas ke lokasi yang merupakan rumah mangsa.

Polis menemui mayat mangsa, Chai Chanprem, 61, yang cedera parah dan ditutupi dengan selimut dari kepala hingga ke pinggang.

Malah, lantai rumah mangsa juga penuh dengan kesan percikan darah.

Polis turut menemui beberapa injap silinder gas besi yang diselaputi darah berhampiran mayat mangsa.

Suspek yang berjaya diberkas di tempat kejadian hanya membisu, menggelengkan kepala dan menutup matanya semasa disoal siasat.

Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Lat Krabang untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Dilaporkan, jiran-jiran memaklumkan kepada polis bahawa mereka terdengar bunyi seperti orang dipukul pada malam Jumaat lalu, namun tidak kedengaran sebarang pertengkaran.

Sementara itu cucu perempuan mangsa memaklumkan suspek mempunyai masalah mental dan pernah dimasukkan ke hospital mental dua tahun lalu tetapi telah dibenarkan keluar.

Katanya, keadaan suspek semakin teruk berikutan enggan mengambil ubat-ubatannya. - Thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain