suria

Sami serang cucu hingga parah gara-gara cemburu, larikan diri elak ditangkap polis... akhirnya ditemui mati tergantung di hutan!

Sami tersebut dipercayai membunuh diri kerana tertekan ekoran menjadi suspek kes serangan cucunya.

GARA-GARA cemburu, seorang sami sanggup mencederakan cucu perempuannya yang berusia 17 tahun dengan tukul selepas gadis tersebut menjalinkan hubungan rapat dengan seorang lelaki.

Sami berkenaan, Phra Uthit, 56, dipercayai menaruh perasaan pada gadis tersebut berdasarkan penemuan sepucuk surat.

Gadis bernama Ae, ditemui dengan kecederaan parah oleh neneknya di penginapan sami berkenaan di Kuil Baan Na Gae, Udon Ratchathani pada petang 8 Januari.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Kamera keselamatan di kuil merakam Uthit yang melarikan diri dengan motosikal Ae selepas menyerang gadis malang tersebut. Dia turut meninggalkan sepucuk surat di tempat kejadian.

"Saya bayar segala-galanya untuk awak, yuran pengajian, yuran pergigian, aksesori, apa sahaja yang awak mahu. Saya tidak mempunyai peluang untuk menyentuh awak. Awak abaikan semua yang saya buat untuk awak," demikian tulisnya dalam surat tersebut.

Susulan kejadian itu, polis mengeluarkan waran tangkap ke atas sami berkenaan atas cubaan membunuh.

Bagaimanapun, pihak polis menerima panggilan daripada penduduk setempat yang mengatakan mereka menemui mayat seorang sami yang tergantung di dalam hutan, tidak jauh dari padang bola Sekolah Ban Nakae.

Berdasarkan penemuan mayat, difahamkan sami tersebut telah mati sejak tujuh hari lalu.

Uthit dipercayai membunuh diri kerana berasa tertekan dengan kes terbabit serta ingin melarikan diri daripada ditangkap pihak polis. - Thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain