SEORANG model dan saintis memberi amaran tentang bahaya nyamuk selepas mukanya menjadi santapan serangga itu dan ditutupi dengan gigitan yang mengerikan. Rosie Moore, 26, terkenal dengan penampilannya yang mempesonakan tetapi dia memberanikan diri meneroka hutan tebal Everglades di Florida, Amerika Syarikat untuk memenuhi tugasannya sebagai ahli geosains. Dalam video yang disiarkan di Instagram, Rosie berkata ia mengambil masa berhari untuk pulih dari ruam serangan nyamuk itu. "Kadang-kadang kami terpaksa membuka pintu kami seketika dan apabila kami berbuat demikian walau sesaat, kereta itu akan dipenuhi dengan nyamuk," katanya kepada 71.8 ribu pengikutnya. "Rakan saya memakai sut pepijat dari kepala hingga ke kaki sebagai perlindungan, tetapi ada kalanya kami perlu membuka zip penutup kepala supaya mempunyai penglihatan yang jelas "Dan ketika itu kami akan menjadi mangsa gigitan nyamuk." katanya. Dia menjelaskan dia telah menjadi santapan nyamuk semasa membuat kajiannya di dalam hutan, walaupun memakai semburan pepijat ia tidak berupaya menghalau serangga penghisap darah sebanyak itu. "Saya mengambil masa beberapa hari untuk pulih," katanya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube