SATU kumpulan kartel yang kejam dipercayai bertanggungjawab terhadap penemuan 47 guni yang mengandungi mayat di bawah sebuah kelab malam. Polis membuat penemuan itu di sebuah kelab malam di barat daya Mexico, pada minggu lalu. Dipercayai Kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG), yang merupakan salah satu kartel paling kejam di negara itu, bertanggungjawab terhadap kejadian mengerikan tersebut. Sejumkah 47 guni mengandungi mayat ditemui ditanam. @FiscaliaEdomex/Newsflash Kelab malam itu diserbu susulan penahanan sembilan individu yang didakwa anggota kartel berkenaan. Pasukan penyiasat terpaksa menggunakan penggali industri untuk memecahkan lantai kelab malam yang sebelum ini merupakan sebuah gudang. ARTIKEL BERKAITAN: Banglo tiga tingkat dilelong... lokasi pembunuhan kejam Polis turut merampas beberapa senjata api dan jaket kalis peluru dalam serbuan di kelab malam itu. Walaupun jumlah sebenar mangsa dan identiti mereka belum diketahui, media Mexico Publimetro melaporkan setiausaha pertahanan negara, Luis Cresencio Sandoval pada Selasa lalu memberitahu, penyiasat tidak menyangka menemui lebih 10 mayat lelaki dan 10 mayat wanita di dalam guni. CJNG terkenal di Mexico kerana menjadi salah satu kartel terbesar dan paling kejam di dunia, dengan keanggotaannya di seluruh Amerika tengah dan utara. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube