suria

Penumpang wanita bergaduh dengan suami hingga pengsan, penerbangan tertangguh hampir sejam

Gara-gara situasi tersebut, penerbangan tertangguh sehingga 45 minit.

JURUTERBANG sebuah pesawat penerbangan, Flyadeal terpaksa meninggalkan seorang penumpang wanita di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir selepas dia menjerit kerana bergaduh dengan suaminya menerusi telefon sebelum pengsan.

Penerbangan F3 754 yang dijadualkan terbang ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 8 pagi Rabu tertangguh kira-kira sejam kerana wanita itu pengsan selepas bergaduh dengan suaminya.

Difahamkan, suami wanita tersebut berada di Arab Saudi ketika bercakap dengannya menerusi panggilan telefon dari dalam pesawat.

Menurut sumber di Lapangan Terbang Kaherah, ketika pesawat itu bergerak di landasan untuk berlepas, juruterbang akhirnya terpaksa membatalkan penerbangan apabila dimaklumkan mengenai situasi tersebut oleh anak kapal.

Selepas wanita tersebut sedar, dia meminta perjalanannya ke Jeddah dibatalkan kerana mendakwa mendapat ugutan suaminya.

Juruterbang kemudian berpatah balik dan menurunkannya dari pesawat.

Pesawat itu kemudian meneruskan penerbangannya selepas lewat 45 minit dari waktu berlepas asal. - Gulfnews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain