suria

Jurutera terlibat dalam rusuhan ‘hilang’ buah zakar akibat dipukul polis

Buah zakar seorang lelaki ini terpaksa dipotong akibat dipukul pihak polis. -Gambar hiasan

KEDENGARAN cukup nyilu bagi kaum lelaki tetapi itulah realiti yang berlaku.

Buah zakar seorang lelaki berusia 26 tahun ini terpaksa dipotong akibat dipukul oleh pihak polis di bahagian kelangkang (pangkal paha).

Hal ini terjadi ketika lelaki tersebut terlibat dalam sebuah demonstrasi yang diadakan di Paris baru-baru ini.

Difahamkan, insiden berlaku sewaktu puluhan ribu orang awam melakukan bantahan terhadap rancangan kerajaan menaikkan had umur bersara.

Tidak bersetuju dengan hal tersebut, perarakan melibatkan hampir satu juga rakyat dilakukan di bandar-bandar sekitar Perancis.

Menurut sumber, mangsa adalah seorang jurutera yang dipukul anggota polis selepas terjatuh di jalan raya semasa ‘protes’ tunjuk perasaan.

Disebabkan kejadian itu, peguam mangsa iaitu Lucie Simon berkata, dia telah memfailkan aduan kerana kes itu dikelaskan sebagai ‘keganasan sukarela dan mengundang kecacatan yang dibuat oleh penjawat awam’.

“Ianya merupakan pukulan yang kuat sehingga buah zakar mangsa terpaksa dipotong,” kata peguamnya.

Mangsa kini masih lagi menjalani rawatan di hospital dan akan mengemukakan saman berikutan kes berkenaan.

Berikutan kejadian, ia turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Perancis. - THE GUARDIAN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain