HARI bahagia lelaki ini lebih bermakna apabila dua suri hatinya hadir pada majlis pernikahannya dengan isteri ketiga baru-baru ini. Menerusi video dimuat naik sorang pengguna TikTok, kelihatan lelaki ini sedang bergambar dengan ketiga-tiga isterinya dalam majlis tersebut dengan wajah ceria. Menurut laporan Wolipop, wanita dikenali sebagai Alqia Zahra, 20, yang merupakan isteri ketiga dalam rumah tangga tersebut memaklumkan dia mengenali suaminya secara tidak sengaja. “Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan suami mengenali bapa saya. “Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh,” katanya. Tangkap layar video menunjukkan suasana majlis perkahwinan. Bukan itu sahaja, Alqia turut mendedahkan dia mendapat restu daripada dua orang lagi madunya. Difahamkan juga, isteri kedua suaminya itu sedang hamil namun Alqia menzahirkan rasa kagum dengan kesabaran serta personaliti wanita terbabit. “Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu. “Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang yang hebat,” ujarnya lagi. Bahkan, isteri kedua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lutvi Seftia Rahmat, 21, itu memberitahu dia sudah memberi keizinan kepada suaminya untuk bernikah lagi. -Wolipop Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube