APABILA bercakap tentang kecantikan, wanita sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka tampil kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Begitulah yang terjadi pada seorang wanita apabila mahukan kulit muka tegang dan licin tanpa kedutan sampai sanggup menahan sakit dengan bakarnya. Walaupun kedengaran cukup mengerikan tetapi wanita ini sanggup membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko menerusi rawatan yang ekstrem. Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif dengan menggunakan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit. Kaedah rawatan tidak menyakitkan ini sangat pantas apabila ia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan. Perkara itu dilakukan dengan mendapatkan nasihat pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol. “Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso. Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol menerusi sebuah video dimuat naik di Facebook. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini. Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku. Kemudian, akan ada pengelupasan berlaku apabila digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah. Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul. Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan. Walaupun Regina gembira dengan penampilan baharunya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan. Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube