suria

Lelaki serang penumpang kereta api, 2 maut ditikam senjata tajam

Serangan menggunakan pisau dalam kereta api serantau adalah berita yang mengejutkan.

SITUASI menjadi panik apabila seorang lelaki bersenjatakan pisau bertindak menikam dua orang dan mencederakan tujuh lagi individu di dalam kereta api.

Difahamkan, suspek berusia 33 tuhan itu merupakan warga Palestine tanpa kerakyatan bagaimanapun ditahan pihak polis.

Berikutan kejadian di Utara Jerman itu, suspek kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat turut mengalami tercedera.

Menurut Jurucakap Polis Persekutuan Jerman, suspek menggunakan pisau untuk menyerang beberapa penumpang yang dalam perjalanan dari wilayah Kiel ke Hamburg dan tiba di stesen Brokstedt, Jerman.

Juergen Henningsen dari bandar Flensburg pula mengesahkan bahawa dua orang penumpang telah terkorban dalam serangan berkenaan manakala tiga daripada mereka cedera parah dan empat lagi cedera ringan.

Berikutan kejadian, Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar turut meluahkan rasa terkejut selepas mendapat perkhabaran itu malah menganggap serangan terbabit sebagai kejam.

“Serangan menggunakan pisau dalam kereta api serantau adalah berita yang mengejutkan.

“Semua fikiran kami tertumpu kepada mangsa dan keluarga mereka. Punca kepada jenayah ini akan disiasat dengan segera.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis dan anggota penyelamat yang bertindak pantas,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Schleswig-Holstein, Sabine Suetterlin-Waack, turut mengutuk serangan itu dalam siaran awam dan menyifatkan ia suatu hal yang mengerikan dan mengejutkan. -WASHINGTON POST

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain