suria

Suami kantoi langgan pelacur... isteri ‘naik hantu’ serang rumah urut, belasah pekerja seks

Seorang isteri membelasah pelacur yang dilanggan suaminya. foto ViralPress

SEORANG isteri nekad membelasah seorang pelacur yang dilanggan suaminya.

Difahamkan, wanita itu tiba di sebuah rumah urut di Phuket, Thailand.

Ketika kejadian, suaminya telah beredar dari pusat urut, namun pekerja seks itu kelihatan sedang duduk di kerusi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang ketika isteri pergi kerja, berbogel waktu kena 'tangkap basah' bersama mentua... rupanya selalu bertukar mesej lucah

Si isteri dipercayai mengekori suaminya selepas menemui foto suaminya bersama pelacur itu di dalam telefon suaminya.

Wanita berkenaan bukan sahaja menarik tuala yang dipakai pelacur itu sehingga bogel, malah menamparnya berulang kali.

Pergaduhan antara wanita tersebut dengan pekerja seks itu berlangsung selama lima minit.

Insiden itu turut menyaksikan pekerja seks tersebut berulang kali memohon maaf kepada wanita berkenaan.

Polis kini melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau / haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain