suria

Syak suami curang dengan wanita lain... isteri cemburu tikam, gigit kemaluan

Onuko dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius.

SEORANG wanita ditahan selepas didakwa menikam suaminya di bahagian kemaluan dan kemudian cuba menggigitnya.

Mangsa, Eliud Kepha Onuko berkata, isterinya Grace Oyaro mengesyaki dia curang dengan wanita lain.

Pendakwa raya berkata, dia menyerang suaminya di rumah mereka di estet Nyanchwa di Kisii, Kenya, pada Malam Tahun Baru.

Dalam kejadian itu, isterinya menikam Onuko dan menggigit zakarnya menyebabkan kecederaan parah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara cemburu, lelaki tembak kemaluan suami baharu bekas isteri... hanya ketawa ketika disoal siasat

Oyaro hadir ke mahkamah majistret dan mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Frank Maswari, peguam yang mewakili suaminya berkata, Oyaro tidak sepatutnya dibebaskan dengan ikat jamin kerana dia berpotensi untuk menyerang anak guamnya lagi.

Terdahulu, Onuko, 38, dibawa ke hospotal untuk rawatan dan menjalani pembedahan.

Oyaro pula ditahan polis selepas dia dibenarkan keluar dari hospital swasta di Kisii di mana dia juga menjalani rawatan untuk penyakit yang tidak diketahui.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau / haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain