suria

Rezeki peniaga gerai... Ramai pelanggan beratur waktu malam, terpaksa masak 25kg beras setiap hari

Dewi menjadi perhatian selepas muncul dalam video YouTube, baru-baru ini.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah kisahnya mengenai seorang peniaga wanita di Gresik, Jawa Timur, Indonesia yang menjadi perhatian ramai kerana rupa parasnya.

Senang disapa Dewi, dia yang mengusahakan perniagaan nasi pecel tular selepas muncul dalam video YouTube seorang content creator dikenali sebagai Yusuf Farda.

Menurut Dewi, setiap malam kedainya akan dibanjiri orang ramai sehingga pelanggan terpaksa beratur panjang sebelum menjamu selera.

Kehadiran orang ramai memaksa Dewi memasak 25 kilogram (kg) beras setiap hari.

dewi

Dewi menawarkan lebih kurang 15 lauk di gerai itu.

Selain menu yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan di Indonesia, ramai netizen turut memuji kecantikan peniaga gerai itu.

Lebih unik, gerai Dewi hanya dibuka pada waktu malam dan menawarkan dua menu iaitu iaitu nasi pecel serta nasi campur.

Selain itu, terdapat lebih kurang 15 jenis lauk untuk dipilih seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan telur. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain