PERTANDINGAN permainan lato-lato ialah di mana peserta bersaing menghayunkan bola plastik atau ladung dengan kelajuan tinggi untuk jangka masa yang paling lama. Meskipun ada risiko keselamatan yang tersendiri tetapi deruan adrenalin yang dirasai akan membantu seseorang itu fokus hanya kepada mengecapi kemenangan. Begitulah perkara yang boleh dikatakan untuk anak kecil ini di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia yang berjaya menewaskan 300 peserta lain dalam pertandingan bermain lato-lato. Hasil usaha keras untuk merangkul kemenangan, kanak-kanak itu membawa pulang hadiah utama berupa seekor kambing. Chesta Gaddafi, 10, menjadi juara selepas bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti semasa di pusingan akhir. Video pertandingan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @infodarjo. Chesta memberitahu bahawa dia telah berlatih selama berminggu-minggu sebelum pertandingan. Dia mengaku gementar di pusingan awal hingga separuh akhir kerana terdapat ramai peserta yang lebih dewasa daripada dirinya. “Pada peringkat separuh akhir dia lebih gementar kerana peserta terpaksa bermain lato-lato sambil duduk, mencangkung, berjalan dan berjalan dalam bulatan,” katanya. - Merdeka.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube