suria

Remaja lelaki bakar rumah ibu bapa, sakit hati tak diberi wang untuk berkahwin

Remaja lelaki tergamak membakar rumah ibu bapanya kerana tidak diberi wang belanja kahwin.

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis gara-gara membakar rumah ibu bapanya sendiri di Desa Karya Bakti, Tebo, wilayah Jambi.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh remaja yang hanya dikenali sebagai RG, kerana berang tidak diberikan wang untuk belanja kahwin.

Difahamkan, ketika kejadian, orang tua remaja berkenaan sedang berkebun.

Dia bersama temannya masuk ke dalam rumah dan mencurah tiga liter petrol sebelum menyalakan api.

Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung mengesahkan penangkapan itu dengan suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

"Ya, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya," kata Dedi, kelmarin.

Remaja berkenaan mengakui melakukan perbuatan tersebut dan turut menyatakan rasa kesal kerana bapanya tidak mempedulikan permintaannya. - Kliktimes

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

bakar rumah, wang kahwin, Jambi,

Artikel Lain