suria

Wanita dakwa terima ugutan bunuh selepas buat aduan rumah retak angkara jiran

Dinding rumah Ami yang retak angkara pembinaan yang dilakukan jirannya.

SEORANG wanita mendakwa menerima ugutan bunuh susulan tindakannya mengadu kepada beberapa pihak mengenai keadaan rumahnya yang retak akibat proses pembinaan yang dilakukan oleh jirannya.

"Saya juga pernah diancam, sudah ada panggilan, saya ingin dibunuh," kata wanita bernama Ami yang menetap di Kampung Kebon Baru, Tebet, Jakarta Selatan.

Ami berkata, ugutan bunuh itu diterima kira-kira seminggu lalu.

Ketika itu dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

"Satu hari ada panggilan. Kata pemanggil 'kalau awak masih bercakap, saya akan bunuh awak'. Saya menjawab 'Bunuh saja, mati di tangan Allah, kenapa tidak kamu bunuh saja'," ujarnya.

Bukan sekali sahaja, Ami mengaku pernah menerima ugutan bunuh sebanyak dua kali.

Difahamkan, jiran Ami membuat renovasi rumah tanpa lesen atau menyalahi undang-undang.

Walaupun sudah diberi amaran oleh pihak berkuasa tempatan, pemiliknya seolah-olah tidak mengendahkan larangan tersebut malah dilihat masih menjalankan proses pembinaan. - Suara.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain