suria

Suka kaum sejenis sejak tamat sekolah... Lelaki kantoi cabul anak jiran, siap curi seluar dalam bapa mangsa

Pelaku ditangkap ketika sedang mencuri seluar dalam milik jirannya.

SEORANG pemuda di Indonesia ditangkap kerana mencuri seluar dalam dan mencabul anak jirannya.

Ketua Polis Ponorogo, AKBP Catur Cahyono Wibowo berkata, mangsa kes cabul itu merupakan pelajar sekolah rendah yang tinggal berhampiran rumahnya.

"Suspek mengaku sudah dua kali mencabul mangsa di kediamannya. Status mangsa masih pelajar sekolah rendah dan tinggal berhampiran rumah suspek," kata Catur.

Tambahnya, pelaku ditangkap oleh orang kampung ketika sedang mencuri pakaian dalam pada Isnin lalu.

Sebelum diserahkan kepada polis, suspek telah dibawa penduduk ke pejabat kampung untuk disoal siasat berhubung perbuatannya.

"Apabila ditanya penduduk, suspek yang didakwa mengaku sering mengambil seluar dalam bapa mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja lelaki kena cabul ketika tidur dalam masjid, kawan-kawan pernah jadi mangsa suspek yang sama

"Pelaku yang didakwa turut mengaku mencabul kanak-kanak berusia sembilan tahun," kata Catur.

Untuk mencabul mangsa, FA akan memancingnya dengan permainan di telefon pintar miliknya.

Ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Ponorogo, FA mengaku atas segala perbuatannya.

Dia mendakwa menyukai kaum sejenis sejak menamatkan persekolahan.

Atas pertuduhan itu, FA berdepan hukuman minimum lima tahun penjara atau maksimum 15 tahun penjara. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain