SATU keluarga yang terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud di Turkiye dan Syira, berjaya diselamatkan. Menurut Pertahanan Awam Syria, keluarga tersebut dibawa keluar dari bawah runtuhan rumah mereka di kampung Bisnia, barat Idlib, pada Selasa. Seorang jurukamera ABC merakamkan momen beberapa kanak-kanak dan sekurang-kurangnya seorang dewasa diselamatkan. ARTIKEL BERKAITAN: Meruntun hati... 17 jam tertimbus akibat gempa, kanak-kanak 7 tahun lindungi adik dari runtuhan Kedengaran sorakan kegembiraan di sekitar lokasi kejadian. Memetik laporan AP, kesemua ahli keluarga itu kemudian dibawa masuk ke ambulans. Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda kedua-dua negara mencatatkan 7,200 dan dijangka terus meningkat. Pada Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria. - abc7news Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube