suria

Sakit hati suami tuduh anak hasil hubungan sulit , isteri tergamak bakar bayi baru lahir

Seorang bayi baru lahir yang dibakar. -gambar hiasan

SEORANG ibu tergamak membakar bayi yang dilahirkannya, gara-gara sakit hati dituduh ia adalah anak hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lebih menyedihkan apabila individu yang membuat tuduhan itu adalah suaminya sendiri.

Tindakan wanita berusia 36 tahun itu berlaku di Madiun di Jawa Timur, Indonesia.

"Jadi, motif ibu ini sakit hati dengan tuduhan suaminya bahawa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain," kata Ketua Polis Madiun, AKBP Anton Prasetyo kepada Kompas.com, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu zuriat lagi, ibu 3 anak tergamak bunuh bayi baru lahir... sorok mayat 2 hari di rumah

Anton berkata, motif itu diketahui selepas penyiasat menyoal suspek selepas polis menahannya di dalam hutan.

Ketika ini suspek masih menjalani rawatan di hospital untuk memulihkan kesihatannya kerana baru bersalin.

Menurut Anton lagi, bedah siasat akan dilakukan ke atas mayat bayi bagi menyiasat punca kematian.

Menurutnya, bayi berkenaan dalam keadaan rentung.

Terdahulu, polis pada Selasa mengesahkan penahanan ke atas wanita berkenaan. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain